BOOSTER PAGI: INSPIRASI BANGKIT: Daripada Pilot Kepada Usahawan F & B



Pandemik COVID19 memberikan kesan kepada beberapa industri antaranya industri latihan, pengurusan acara, pelancongan, penerbangan dan banyak lagi.

Kesan daripada itu ia memberikan impak langsung dan tidak langsung kepada individu masyarakat. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang bisnes jatuh, ada yang tiada sumber rezeki dan banyak lagi.

BOOSTER PAGI kali ini akan membawakan seorang individu yang terkesan akibat pandemik COVID19. Seorang individu yang membuat keputusan drastik mengubah situasi diri dengan terjun ke dalam bidang baru. Berita mengenai beliau menjadi satu topik hangat dan ‘viral’ di seluruh pelusuk media sama ada media cetak dan media massa.

Individu yang dahulunya bekerjaya sebagai seorang juruterbang, kini menjadi usahawan makanan. Individu yang bakal berkongsi pengalaman dengan Anda pagi ini adalah Kapten Azrin Mohamad Zawawi, Pemilik Kapten Corner.

source

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Scroll to Top