USAHAWAN SUPER | Keusahawanan dan Pembangunan Bisnes

Sabda Rasulullah SAW

“Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” 

Riwayat al-Tirmizi : 1210

Bagaimana Kursus Ini Dapat Membantu Anda dan Organisasi?

Pengalaman para pakar dalam pelbagai bidang bisnes dan menghadapi jatuh bangun bisnes menjadikan ia satu bonus dalam membantu usahawan. Pengalaman dan pengetahuan bertahun-tahun ini digarap dalam kerangka program komprehensif yang bukan sekadar teori tetapi praktikal.

Kursus keusahawanan dan membangun jati diri usahawan cemerlang. Seorang usahawan berjaya adalah individu yang mempunyai kekuatan intelek, emosi, rohani dan fizikal kuat. Ini bagi menghadapi apa sahaja cabaran dan rintangan yang bakal berlaku dalam bisnes mereka. Dunia bisnes adalah dunia penuh dinamika, apa sahaja teori yang pernah digunakan satu masa dahulu mungkin sudah tidak relevan dengan masa kini.

Permintaan pelanggan semakin hari semakin kompleks. Kompetitor bertumbuh bagai cendawan tumbuh pagi yang pasti akan mengurangkan kek ekonomi yang satu masa dahulu kelihatan besar. Seorang usahawan perlu menjadi seorang yang juga dinamik seiring dengan perubahan situasi persekitaran.

USAHAWAN SUPER perlu memahami teori ini:

Sebuah produk yang baik tidak dapat menemui pelanggannya apabila tidak diwujudkan perancangan pemasaran yang baik. Para usahawan perlu menjawab tiga soalan penting iaitu:

  • Apakah produk yang saya jual?!
  • Siapakah pelanggan yang mahukan produk yang saya jual?!
  • Bagaimanakah saya menjual produk saya kepada pelanggan saya?

Kursus ini membawa para usahawan mendalami konsep pemasaran berkesan dan bagaimana untuk mengimplementasikannya ke dalam bisnes mereka. Ia akan membawa usahawan berfikir beberapa soalan:

  • Apakah kekangan dan isu utama yang perlu dihadapi oleh usahawan masa kini?!
  • Bagaimanakah untuk mengesan dan menilai peluang pasaran?!
  • Bagaimanakah seorang usahawan mengambil peluang dengan sumber terhad?!
  • Apakah alat-alat pemasaran yang terbaik untuk produk sekarang?!

Maka, terdapat 3 Fasa yang perlu dilalui oleh USAHAWAN SUPER:

FASA 1

USAHAWAN SUPER perlu menyediakan diri dan minda seorang usahawan bagi menghadapi cabaran semasa.

FASA 2

USAHAWAN SUPER diperkenalkan dengan satu alat yang berkuasa tinggi bagi memudahkan para usahawan memahami bisnes mereka secara bersistem, dapat mereka bentuk semula dan membuat implementasi model bisnes. Ia dikenali sebagai KANVAS BISNES MODEL.

FASA 3

Fasa terakhir ini, USAHAWAN SUPER  perlu menyediakan minda pemasaran usahawan.

Durasi Program

Kursus ini boleh dianjurkan untuk tempoh 1 hari untuk Fasa 1, 2 hari untuk Fasa 1 dan Fasa 2 dan 3 hari untuk Fasa 1 hingga Fasa 3.

Selain itu, kursus ini juga boleh dijalankan dalam sesi coaching di mana pelanggan/peserta perlu menyenaraikan objektif mereka dalam penyertaan sesi coaching tersebut.

Semua Kursus Kami Boleh Dikendalikan Secara Bersemuka (Offline), Secara Dalam Talian (Online) dan Hibrid [Gabungan Online dan Offline]. Kami juga menyediakan Sistem Pembelajaran Online Secara Kendiri di www.belajarlah.my

Pelanggan Kami

dbp
teras
cidb
pelaburanmara
tnb

Ingin Kami Berikan Sebut Harga dan Proposal? Pohon Isi Borang Di Bawah

Panggilan yang sesuai buat Anda
Pohon masukkan nama seperti dalam Kad Pengenalan, First = Nama Sebenar dan Last = Nama Bapa
Pohon masukkan Nombor Telefon Bimbit dengan WhatsApp bagi memudahkan perhubungan
Pohon masukkan Emel selain daripada Emel Jabatan Kerajaan (jika ada) bagi melancarakan proses kami mengirimkan sebut harga.
Pilih satu ataupun lebih kursus yang ingin kami sertakan proposal dan sebut harganya
Pohon masukkan jumlah hari kursus yang ingin dijalankan
Pohon masukkan anggaran bilangan peserta
Jika ada tempat kursus cadangan pohon masukkan, namun jika tiada kosongkan
Pohon masukkan tarikh jangkaan mula kursus
Pohon masukkan tarikh jangkaan kursus tamat
Pohon masukkan 3 hasil akhir atau objektif kursus ini diadakan
Pilih satu ataupun lebih mode kursus yang ingin dilakukan
Translate »
Scroll to Top