ESQ Insan Super ® | Kursus Motivasi Diri | Kursus Pembangunan Diri | Kursus Pembangunan Sahsiah Diri

Firman Allah

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.

At-Tin | 95 : 4

ESQ INSAN SUPER ®

Hidup manusia amat singkat. Pada ketika ini usia atau umur tidak menentukan sama ada dia mampu hidup lama ataupun sekejap. Orang yang berumur ataupun orang masih muda, kedua-duanya akan dipanggil bila-bila masa saja untuk bertemu yang Maha Kuasa. Apa yang sepatutnya manusia lakukan adalah melakukan yang terbaik dengan sisa hidup yang ada.

Setiap manusia sudah disediakan ‘alat’ yang sama pada diri masing-masing oleh Tuhan. Akal fikiran untuk berfikir, emosi untuk meluahkan perasaan, spiritual untuk tentukan nilai dan fizikal untuk bertindak. Namun begitu ada manusia yang lebih hebat berbanding manusia lain. Hebat daripada segi ilmu, kemahiran, kekayaan dan kecemerlangan.

Apakah yang menyebabkan manusia berbeza? Ini kerana ada manusia yang KENAL DIRI dan ada yang tidak. Hanya mereka yang KENAL DIRI akan dapat menyerlahkan POTENSI yang ada dalam dirinya.

Manusia yang tidak KENAL DIRI ini bukan sahaja sukar untuk berjaya, ia tidak dapat beri yang terbaik untuk dirinya, organisasi, keluarga dan masyarakat. Inilah golongan yang akan menjadi mangsa kepada orang lain. Mereka akan menyalahkan dan mengalihkan salah kepada orang lain. Hasilnya, semua rugi termasuk diri sendiri.

Program INSAN SUPER: Kenal Diri Bongkar Potensi adalah kursus motivasi dan pembangunan diri yang direka bentuk untuk membongkar misteri diri manusia dengan membawa pendekatan psikologi terkini. Setiap peserta akan dibawa untuk mengenal 4 komponen penting pada diri mereka iaitu IntelekEmosi, Spiritual dan Fizikal. Ini kami sebut sebagai Formula Holistik Insan Super.

Ini diperincikan dalam KERANGKA PROGRAM di bawah:

Kerangka-Program.001-1021x766

HASIL PEMBELAJARAN

Pihak kami membangunkan program ini bagi memenuhi keperluan organisasi kerajaan mahupun swasta yang ingin mewujudkan individu warga kerja yang positif, produktif dan efektif. Anda ingin memastikan warga kerja organisasi Anda menyertai program ini kerana apabila mereka graduate daripada program ini mereka dapat:

Kenal dan Sedar Potensi Diri

 

Para peserta akan lebih kenal setiap komponen pada diri yang membangunkan apa yang dikenali sebagai POTENSI. Mereka memahami setiap satu, mengetahui bagaimana ia berfungsi dan belajar untuk mengawalnya.

Mengatur Matlamat Diri

Para peserta dapat  membina blue print hidup. Membangun, mengatur dan menetapkannya bagi mencapai matlamat hidup jangka masa pendek dan panjang.

Bertindak dan Pacu Kejayaan

Membangunkan jati diri dan nyala rasa untuk memacu kejayaan secara konsisten. Melepasi ketakutan yang ada pada diri dan tekad untuk menakluknya. Membuka jalan untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai jambatan ke akhirat.

Testimonial Program ESQ INSAN SUPER ® Jabatan Penerbangan Awam

Semua Kursus Kami Boleh Dikendalikan Secara Bersemuka (Offline), Secara Dalam Talian (Online) dan Hibrid [Gabungan Online dan Offline]. Kami juga menyediakan Sistem Pembelajaran Online Secara Kendiri di www.belajarlah.my

Pelanggan Kami

cidb
maiwp
jais
tnb
upsi

Ingin Kami Berikan Sebut Harga dan Proposal? Pohon Isi Borang Di Bawah

Panggilan yang sesuai buat Anda
Pohon masukkan nama seperti dalam Kad Pengenalan, First = Nama Sebenar dan Last = Nama Bapa
Pohon masukkan Nombor Telefon Bimbit dengan WhatsApp bagi memudahkan perhubungan
Pohon masukkan Emel selain daripada Emel Jabatan Kerajaan (jika ada) bagi melancarakan proses kami mengirimkan sebut harga.
Pilih satu ataupun lebih kursus yang ingin kami sertakan proposal dan sebut harganya
Pohon masukkan jumlah hari kursus yang ingin dijalankan
Pohon masukkan anggaran bilangan peserta
Jika ada tempat kursus cadangan pohon masukkan, namun jika tiada kosongkan
Pohon masukkan tarikh jangkaan mula kursus
Pohon masukkan tarikh jangkaan kursus tamat
Pohon masukkan 3 hasil akhir atau objektif kursus ini diadakan
Pilih satu ataupun lebih mode kursus yang ingin dilakukan
Translate »
Scroll to Top