MENTOR SUPER: Mentoring & Coaching Gaya NLP | Kursus Pementoran

Sabda Rasulullah SAW

"Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada manusia"

Hadis Riwayat Thabrani

Bagaimana Kursus Ini dapat Membantu Anda dan Organisasi?

Kursus ini akan melengkapkan para peserta dengan kemahiran coaching dan mentoring menggunakan alat Neurolinguistic Programmming (NLP)

Kursus Coaching dan Mentoring untuk membangunkan kumpulan pemimpin yang dapat memacu kejayaan organisasi. Organisasi yang maju ke hadapan adalah organisasi mempunyai sistem memandu (mentoring) & membimbing (coaching) yang tersusun. Kedua-dua konsep ini perlu diterapkan bagi memastikan keseluruhan sumber tenaga manusia dapat digarap dan digembleng untuk berpadu dalam memacu kejayaan. Kebolehan mentor dan pembimbing (coach) teruji dalam memperkasa perubahan dalam organisasi. Apabila sesebuah organisasi mahu berubah, peranan mentor amat kritikal dalam merancang dan menguruskan langkah demi langkah pelan tindakan untuk mencapai perubahan yang diinginkan.

Selalunya seorang mentor membuat sesebuah anggapan berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh daripada persekitaran dan laporan prestasi. Maklumat yang ‘umum’ ini menjadikan keputusan dibuat adalah kurang tepat kerana ia berdasarkan maklumat ‘kabur’ dan mungkin pelaporan dangkal. Ini suatu yang berbahaya apabila menjadi pemandu dan pembimbing, kemungkinan membawa ‘kapal’ ke arah laluan salah.

Seorang mentor berkredibiliti menggunakan alat-alat tertentu untuk memandu dan membimbing dalam memastikan sesi-sesi yang dibuat bersama para pelanggannya efektif. Bengkel ini melengkapkan mentor dengan dua alat yang digunakan oleh para mentor hebat dunia dalam meningkatkan produktiviti organisasi dan individu. Alat yang berkuasa tinggi ini adalah Neuro Linguistic Programming (NLP) dan Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile).

Neuro Linguistic Program adalah suatu alat pengurusan minda termaju yang digunakan untuk mengubah tingkah laku manusia. Ia digunakan oleh kebanyakan pakar bidang perubahan diri manusia untuk memperkasa kemahiran dalam mengendalikan pelanggan mereka. LAB Profile adalah alat untuk mengesan cara dan tingkah laku manusia yang meliputi 13 trait melalui perkataan yang digunakan oleh pelanggan. Gabungan alat ini menjadikan seorang mentor dengan sistem pementoran yang canggih untuk menjadikan diri mereka lebih efektif dan efisien dalam mengendalikan sesi mentoring. Bengkel dipecahkan kepada empat langkah iaitu:

Objektif Program

Para peserta akan dapat

  • Menggunakan NLP dalam mengenali potensi individu dan bagaimana mereka melihat dunia
  • Menganalisa profil individu dalam merancang strategi memandu dan membimbing
  • Mengaplikasikan kaedah memandu dan membimbing yang bersesuaian dengan individu pelanggan
  • Menyelesaikan konflik dengan kaedah berkuasa tinggi dalam meningkat produktiviti organisasi
  • Mempraktikkan kaedah intervensi dalam memandu individu untuk menyelesaikan masalah mereka secara sendiri

Perincian Modul

  • Modul 1: Bagaimana Minda Berfungsi
  • Modul 2: Kaedah Pementoran Gaya NLP
  • Modul 3: Mewujudkan Hubungan Baik
  • Modul 4: Memahami Trait Motivasi
  • Modul 5: Memahami Trait Kerja
  • Modul 6: Kaedah Bertanya
  • Modul 7: Mengubah Persepsi dengan Kaedah Reframing
  • Modul 8: Reboot & Install

Durasi Program

Kursus pementoran ini dapat dijalankan dalam tempoh 1 hari (asas), 2 hari (pertengahan) dan 3 hari (advance)

Semua Kursus Kami Boleh Dikendalikan Secara Bersemuka (Offline), Secara Dalam Talian (Online) dan Hibrid [Gabungan Online dan Offline]. Kami juga menyediakan Sistem Pembelajaran Online Secara Kendiri di www.belajarlah.my

Pelanggan Kami

teras
tnb
maiwp
upsi
cidb

Ingin Kami Berikan Sebut Harga dan Proposal? Pohon Isi Borang Di Bawah

Panggilan yang sesuai buat Anda
Pohon masukkan nama seperti dalam Kad Pengenalan, First = Nama Sebenar dan Last = Nama Bapa
Pohon masukkan Nombor Telefon Bimbit dengan WhatsApp bagi memudahkan perhubungan
Pohon masukkan Emel selain daripada Emel Jabatan Kerajaan (jika ada) bagi melancarakan proses kami mengirimkan sebut harga.
Pilih satu ataupun lebih kursus yang ingin kami sertakan proposal dan sebut harganya
Pohon masukkan jumlah hari kursus yang ingin dijalankan
Pohon masukkan anggaran bilangan peserta
Jika ada tempat kursus cadangan pohon masukkan, namun jika tiada kosongkan
Pohon masukkan tarikh jangkaan mula kursus
Pohon masukkan tarikh jangkaan kursus tamat
Pohon masukkan 3 hasil akhir atau objektif kursus ini diadakan
Pilih satu ataupun lebih mode kursus yang ingin dilakukan
Translate »
Scroll to Top