Mobile Journalism (MOJO)
Kursus Mobile Journalism (MOJO) adalah untuk memenuhi keperluan pelaporan kewartawan secara minima dari aspek alatan fizikal dan kebebasan terkawal tanpa melalui banyak tapisan dari atas ke bawah.
MOJO bermula pada tahun 2005 dan berkembang lebih cepat dengan budaya 'maklumat di media sosial'. Kesegeraan, penceritaan dan pelaporan terbatas yang benar dalam berdasarkan 'real time' merupakan ciri-ciri paling nyata dalam MOJO.
Peranan MOJO dalam setiap bahagian bagi menyampaikan dasar kerajaan secara tepat, jelas dan sampai kepada khalayak. Pada masa sama membina dinding daripada serangan prejudis, salah andaian, fitnah menggunakan pelaporan yang strategik dan taktikal.
HASIL PEMBELAJARAN
Program ini adalah khusus untuk para pegawai yang terlibat dengan kerja lapangan yang memerlukan pelaporan segera. Ia menggabungkan teori dan praktikal di lapangan. Tujuan kursus ini adalah untuk
Mempersiapkan para penjawat awam yang terlibat dalam pelaporan di bahagian penerangan, perhubungan awam dan kewartawan dari aspek format kerja, keperluan maklumat masyarakat dan alat kerja.
Mendedahkan kepada pihak ketua jabatan mengenai kelonggaran kuasa dan tapisan yang terkawal agar peranan MOJO dalam organisasi dapat digerakkan secara efektif.
Membentuk kekuatan rakyat dan kerajaan secara bersama dengan pelaporan (reporting), penjelasan (explaination) yang sampai (reach) dan menyampaikan (share) oleh rakyat.