Bengkel Penerbitan Buku | Terbit Buku daripada A To Z

Firman Allah

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan"

Al Maidah | 120 : 35

Penerbitan Buku | Terbit Buku daripada A To Z

Kursus Penerbitan Buku yang wajib dihadiri oleh para penggiat industri buku dan berminat untuk menjadi penerbit buku.

Penulisan adalah gabungan dua unsur iaitu unsur seni dan unsur bisnes. Kedua-duanya adalah sinergi dan saling berkait rapat. Buku yang baik tidak akan memberikan manafaat kepada para pembaca jika diterbitkan dan tidak dirancang pengedarannya dengan baik. Begitu juga jika mempunyai pasukan penerbitan dan pengedaran buku yang baik tetapi tidak mempunyai produk buku berkualiti.

Bengkel Penerbitan Jabatan adalah bengkel yang wajib disertai oleh Anda apabila Anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi. Apabila Anda menyertai program ini, Anda akan didedahkan mengenai apakah mitos-mitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini Anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minta kebanyakan penulis.

Bukan itu sahaja, Anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hak cipta, menjaga harta intelek Anda yang amat berharga itu. Anda juga akan diberikan pendedahan teknik langkah demi langkah menghasilkan sebuah penulisan buku yang memenuhi kehendak pasaran. Daripada bagaimana memilih bidang, mencerna idea hinggalah menumpahkan idea Anda ke atas kertas. Di samping itu juga Anda akan mengetahui keseluruhan proses penerbitan buku, percetakan hinggalah kepada memasarkannya ke pasaran.

Ini adalah program yang wajib hadir jika Anda ataupun organisasi Anda ingin memastikan kejayaan penerbitan buku Anda.

3 Fasa Penerbitan Buku

Bengkel ini membawa para peserta menjelajah 3 fasa penerbitan buku yang WAJIB diketahui oleh semua penerbit dan bakal penerbit buku. Fasanya adalah

Fasa 1: Pra Penerbitan

Setiap penerbitan memerlukan manuskrip yang berkualiti bagi memastikan buku-buku bakal diterbitkan adalah berimpak tinggi di dalam pasaran. Pada fasa ini akan diterangkan proses pemerolehan manuskrip, apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh para penerbit buku sebelum menentukan sesuatu karya dapat diterbitkan.

Fasa 2: Penerbitan

Ini adalah fasa paling kritikal untuk menentukan sesuatu karya dapat diterbitkan dengan baik. Pada fasa ini akan berlaku proses suntingan dan pruf. Juga menentukan 'rupa paras' karya yang mahu diterbitkan. Daripada persoalan tataletak dalaman, hiasan kulit, penulisan blurb, suntingan mengikut gaya penerbitan terkini, penentuan fizikal hinggalah kepada proses percetakan.

Fasa 3: Pasca Penerbitan

Ini adalah fasa apabila buku diterbitkan sudah masuk ke dalam ruangan gudang buku. Daripada proses mensegmenkan stok, menentukan pengedar dan kedai buku yang sesuai dan bagaimana untuk memasarkan melalui ruangan terkini iaitu secara online.

HASIL PEMBELAJARAN

Pihak kami membangunkan program ini bagi memenuhi keperluan organisasi dan individu yang ingin mendalami strategi penerbitan buku berdasarkan praktif terbaik semasa. Para peserta yang hadir dalam kursus ini akan dapat:

  • Mengetahui trend terkini dunia penerbitan mengikut praktis semasa

  • Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang

  • Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan penerbitan berkualiti dan mesra pembaca

  • Menyediakan pemikiran strategik seorang penerbit

  • Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan penerbitan berkualiti dan mesra pembaca

  • Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan penerbitan berkualiti dan mesra pembaca

  • Memberikan pendedahan mengenai tatacara penggunaan tatabahasa yang betul dalam komunikasi tulisan;

  • Memperincikan kesilapan dalam tatabasa yang sering dilakukan

Semua Kursus Kami Boleh Dikendalikan Secara Bersemuka (Offline), Secara Dalam Talian (Online) dan Hibrid [Gabungan Online dan Offline]. Kami juga menyediakan Sistem Pembelajaran Online Secara Kendiri di www.belajarlah.my

Pelanggan Kami

instun
kpt
airselangor
ppum
ros

Ingin Kami Berikan Sebut Harga dan Proposal? Pohon Isi Borang Di Bawah

Panggilan yang sesuai buat Anda
Pohon masukkan nama seperti dalam Kad Pengenalan, First = Nama Sebenar dan Last = Nama Bapa
Pohon masukkan Nombor Telefon Bimbit dengan WhatsApp bagi memudahkan perhubungan
Pohon masukkan Emel selain daripada Emel Jabatan Kerajaan (jika ada) bagi melancarakan proses kami mengirimkan sebut harga.
Pilih satu ataupun lebih kursus yang ingin kami sertakan proposal dan sebut harganya
Pohon masukkan jumlah hari kursus yang ingin dijalankan
Pohon masukkan anggaran bilangan peserta
Jika ada tempat kursus cadangan pohon masukkan, namun jika tiada kosongkan
Pohon masukkan tarikh jangkaan mula kursus
Pohon masukkan tarikh jangkaan kursus tamat
Pohon masukkan 3 hasil akhir atau objektif kursus ini diadakan
Pilih satu ataupun lebih mode kursus yang ingin dilakukan
Translate »
Scroll to Top