FORUM BINA MASA HADAPAN: KE MANA SELEPAS SPM?



Assalamualaikum dan salam sejahtera

FORUM BINA MASA HADAPAN: KE MANA SELEPAS SPM?

Alhamdulillah keputusan SPM baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas, TAHNIAH buat para pelajar SPM PROMAX atas keputusan yang diperoleh.

NAMUN satu persoalan, KE MANAKAH SELEPAS SPM? Mahu pilih kursus apa? Kerjaya apakah yang paling dikehendaki dalam tempoh 5 tahun akan datang? Apakah yang ada dalam kerjaya-kerjaya paling dipilih sekarang? Masih relevankah? Susahkah mahu belajar dalam bidang-bidang terbabit?

Adakah Anda ada anak-anak yang baru dapat keputusan SPM dan mempunyai persoalan sepertimana di atas? Ataupun Anak-Anak Anda sekarang tengah pening untuk memilih bidang dan masih kabur untuk mengisi borang UPU?

BERITA BAIK!!! Persatuan ALUMNI Sekolah Menengah Sains Machang (ALUMNI SMACH) dengan kerjasama FINE Training Academy Sdn Bhd menganjurkan FORUM LIVE ONLINE: BINA MASA HADAPAN: KE MANA SELEPAS SPM?

Kami membawakan 4 panelis di kalangan pakar bidang yang akan berkongsi info ‘FIRST HAND’ industri sebagai panduan buat anak-anak yang baru mendapat keputusan bagi memilih bidang terbaik masa hadapan. Mereka akan berkongsi apakah peluang kerjaya dan apakah karakter calon untuk bidang terbabit. Mereka juga bersedia untuk menjawab soalan Anda secara LIVE besok.

Ambil peluang, ajak anak-anak Anda untuk bersama dalam FORUM LIVE ini, berinteraksi dengan para pakar ini.

source

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Scroll to Top