BOOSTER PAGI: Tunggu Peluang Ataupun Cari Peluang



Kami dengan berbesar hati menjemput Tuan dan Cikpuan untuk bersama dalam BOOSTER PAGI BERSAMA FAUZUL NAIM pagi ini 8.30 pagi, 18 Februari 2021, Khamis | Topik Menarik: Tunggu Peluang Ataupun Cari Peluang

“PKP sambung lagi, ingatkan akan tamat cepat.”
“Wang dalam akaun sudah semakin kering, bagaimana untuk beri makan anak isteri? Kerja pun tak ada, bisnes pun tak jalan.”

Ini antara keluhan yang didengari pada ketika Pandemik COVID19 dan selepas berkuatkuasa PKP 1.0 hingga sekarang 2.0

Ada yang masih berharap kehidupan kembali kepada norma lama, masih menunggu dan terus menunggu…

Harapannya bisnes lama akan kembali seperti dahulu
Dapat bekerja seperti dahulu
Dapat belajar seperti dahulu
Hidup seperti dahulu

Namun realitinya dunia sudah berubah akibat daripada wabak pandemik COVID19, amat sukar untuk kembali kepada yang lama.

Pada ketika ini, individu-individu yang sudah menerima realiti sudah mengambil tindakan mencari peluang dalam situasi sukar.

Menariknya ramai yang berjaya dan membina kerjaya serta bisnes baru pada ketika ini.

Jemput bersama pagi ini jam 8.30 pagi, untuk kita mendalami situasi ini bersama Pakar Motivasi Tersohor, YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengupas TOPIK: Tunggu Peluang ataupun Cari Peluang.

LIVE di saluran Youtube Fauzul Naim di: https://jomber.guru/boosterdiri dan saluran Facebook Coach Fauzul: https://www.facebook.com/coachfauzul.

Sama kita bangkit dan pacu kejayaan.

source

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Scroll to Top